Saturday, April 30, 2011

Bodoh ke Bengong (!)(!)(!)

aku pelik laa ngan kaum laki sekarang ni,, aku boleh jadi contoh terbaik kat korang tapi korang taknak,, ; p nak hisap rokok, hisap laa,, aku tak kisah,, tapi kena laa tempat yang sesuai,, ni,, ada ke pulak kat pasar malam,, kau dah la jual makanan,, then kau sembur asap rokok kat mana? kat makanan yang kau masak..

then,, kau dah....
kau dah tambah saham dosa kau,,
kau dah derma sikit penyakit yang sepatutnya dapat kat kau,,
kau dah sakitkan hati aku,, dan
kau juga membuatkan aku tulis entry hari ni pasal kau(!) apa yang special sangat kau ni? huh! TETTTTT

abgchoberkata : merokok membahayakan kesihatan(!) tak caya sudah!

__________________________________

Friday, April 29, 2011

sayakurus | akuslim | sayatakgemuk | akutakmontel

lepas balik solat Jumaat tadi aku kehilangan idea untuk buat entry hari ini,, aku fikir, fikir dan fikir,, but nothing to do today,, sebab apa eak? sebab hari ini takde apaapa yang berlaku kat sekolah(!)

but,, sebab dah lama aku tak update blog before ni,, waktu tuu follower aku just 8 orang,, hilang semangat nak update entry baru baru dan baru,, tapi sekarang dah 64 follower,, semangat gila lahh,, biasalah orang yang hott macam aku,, naiklaa follower,, hahhha..nape nak tumbuk aku? nak sepak aku? nak muntah kat aku? datang la sini,, Taman Samudra.. ^_^

dah dah dah,, stop sesi keberlagakan,, aku nak cerita yang ada orang cakap aku kurus,, bukan setakat orang tauu,, orangssss ok,, let me named HER as H dan M

H  ~eyh,,eyh,, akmal,,akmal,, haaa,, kau dah kurus,, waaa~
M ~ehh,, ha'ah laa,, kau dah kurus~
~emm,, ye kea?~
H  ~yea laa,,~

betul kea aku dah kurus?? haa,, aku nak korang pula tentukan,,


haa,, korang jangan tanya soalan bodoh la kan,, of course la aku yg laki tu,,skang aku nak tau jee,, yang mana lebih kurus,,

abgchoberkata : haha,, bukan full body yang aku letak..

Thursday, April 28, 2011

RM 227.50

haaa,, duit tuu aku dapat tadi waktu bertugas kat koperasi,, very the terkejut one,, waktu aku pergi keluar nak solat.......

~akmal,, sini jap~
~yee cikgu?~
(blablablabla cikgu mencarut ape ntah)

~ni duit awak~
~haaahh? banyak nye cikgu~
~ni duit awak bertugas akhir tahun lepas,, sampai bulan 3~


yaa,, webcam aku burok! it doesn't matter

serious,, aku tak pernah get duit macam tu punya banyak,, yaa, pegang banyak tuu pernah laa,, tapi dapat hand-to-hand macam tu,, maunye tak terkejut! last entry aku,, aku cakap,, yang aku kerja kan ,, tu la sebab aku sakit hati kat siapa yang membazir duit tuu kan,, 

ok,, duit ni aku dapat sebab kerja kat koperasi akhir tahun lepas,, jual buku,, aku datang full day,, tu laa sebab dapat baanyak kott,, so, kalau korang nak,, boleh,, datang laa rumah aku,, ^_^

abgchoberkata : serious,,  nak duit datanglaa rumah,, aku bagi RM 2.50 hehe
____________________________________________


KenapaAkuNakJadiBlogger?



nape yee? emm,, aaaa... aku pun terfikir juga kenapa aku nak sangat jadi blogger,, okla,, sebab nak sedapkan hati aku,, aku senaraikan sebab apa eak..

-sebab nak kongsi cerita peribadi-
ye laa, nak kongsi kisah kehidupan seharian aku ngan bloggerblogger yang lain,, yaa,, aku tau tak ramai blogger yang suka baca entry tentang peribadi,, but aku still buat cam tu,, cipta kelainan(kelainan lah sangat),, 

-sebab nak cari ramai teman baru-
emmm,, aku adalaa juga jumpa kawan baru sejak berblogging,, antaranya shakey dan hana,, mungkin dua tu jee yang sudi berkawan dengan aku buat masa sekarang,,(emm,, dah memang bekawan dari sekolah) thanks(!)

-nak meramaikan populasi blogger lelaki-
haa,, ni yang paling aku nak,, aku rase 70% of the blogger is perempuan,, walaupun blogger terpopular tahun lepas adalah Ben Ashaari iaitu seorang lelaki,, but blogger lelaki still kurang yang memblogging ni ^_^

aku rase tu je laa,, sebabnya Kenapa Aku Nak Jadi Blogger..

abgchoberkata : semat tak gambar tuu? (first time guna paint)

Wednesday, April 27, 2011

eh, eh, 20 already...

haa,, can you read that? hehehe,, bukanla nak bajet kan,, tapi serious best sangat sebab dah 20 follower,, haha,, padahal sikit je baru kan,, its okay,, i,m very proud of it,, thanks to all follower yang sudi mengfollow,, berguling-guling aku kat rumah,, 

_______________________________________________________

TEPUUUUUNG!

ok,, ok,, biarkan aku teruskan dengan cerita yang aku nak cerita hari ini,, karang melalut tah ke manamana sampai terlupa nak cerita,,

kat sekolah korang kan,, ada tak budaya main tepung?

main tepung macam mana tuu? 
ambil tepung lepas tu campak kat muka kawan yang lain,, 

perlu ke?
itulah persoalan yang aku tertanya-tanya tuu,, perlu ke? pelik pun ada tau dengan budak zaman sekarang ni(cehh,,aku pun budak),, sebab beli tepung dah membazir,, mak bapak bagi duit belanja,, diorang pergi beli pulak tepung,, diorang makan macam mana pula? ayoyo,, bukannya apa lah,, it is very the membazir!

maybe diorang tak merasa lagi macam mana payahnya mak bapak diorang letih keluar peluh busukbusuk nak sara diorang,, aku pulak mungkin dah mencuba mencari duit sendiri,, tolong orang tuu,, tolong orang nii,, nak cari duit(bagusnya aku),, so aku rasa sakit lah,, dapat duit pergi membazir,, pehh,, memang sakit sakit n sakit!

abgchoberkata : nasib baik guna tepung,, cuba fikir kalau guna serbuk cili, serbuk kari,, macam tepung juga tu!

Tuesday, April 26, 2011

Hey there sana situ sinun,, now aku dah ada internet kat rumah,, so,, its very best!,, i can type type n type everyday!,, i do not have to go to cyber cafe,, or friends' house to blogging! it is very awesome friend!

hahaha,, so let me tell you the story about today,, haaaaa,, korang pernah dengar tak pasal colony tu,, alaa yang pasal infeksi 'kejadah haram' tuhh,, alaa,, tak tau lagi??


nah!! tengok gambar ni puaspuas! so,, pasti korang dah tahu apa point yang aku nak cerita hari ini,, yaa,, cerita bermula bila aku terbaca pasal benda atas ni kat satu blog,, sorry sangatsangat lupa apa url dia,, di cerita yang ada lambang ni kat atas klcc waktu earth hour hari itu,, lepas tu,, ada kat ikan pulak,, then ada kat tanah yang jerlus,, so aku takut laa,,

selang beberapa hari kemudian,, aku baca surat khabar kat sekolah,, then terjumpa pulak kat surat khabar,,(rujuk gambar kat bawah ni)


so,, aku cerita laa kat satu kelas pasal benda ni,, pastu a day after,, cerita sebenar pasal infeksi ni dah tersebar,, aku memang tak berniat nak tipu diorang,, tapi diorang bahan aku pulak,, nak tau apa diorang gelar aku??  A L I E N! bangang gila kan,, sedih tak cerita nya? sedih kan,,

abgchoberkata : kebenaran mungkin menjadi penipuan,, penipuan mungkin jadi kebenaran! lol

Friday, April 15, 2011

Pertolongan Cemas

hey hey hey hey,, aku benci pertolongan cemas,, aku benci pertolongan cemas,, aku benci P.E.R.T.O.L.O.N.G.A.N C.E.M.A.S!!

hahhh(menjerit),, sakit hati gila laa kalau korang nak tau,, cerita begini,, aku dilantik menjadi ahli PC untuk bola sepak,, so aku terima je la coz boleh la selamatkan orang tatkala 'kecemasan',, tapi serious memboringkan gila! menyakitkan hati gila,, dahlah kena kutuk,, siott jee,,

aku masuk PC lambat laa kan,, coz aku ada kelas tambahan! pastu postpone pulak,, so,, aku kena laa balik kelas balik for prep,, pastu waktu prep lak waktu sejarah,, kaw kaw kena marah ngan cikgu sagunthala coz tidak bawa buku,,

"sorry la cikgu,, saya ingat......"
(tak sempat nak jawab)

"tak payah nak ingat ingat la akmal,"

"betulla cikgu,, saya sepatutnya Pertolongan Cemas,, tiba tiba postpone"

"lain kali bawa"

hha,,
sambung balik,, waktu aku pergi pertolongan cemas pulak kan ada laa sorang makhluk ni injured ,, sejurus kemudian (aceyhceyh) hafiz,, yang agak gedik tu,, pergilaa padang nak angkat makhluk tuu,, pastu,, dia sound aku pulak suruh bertindak dengan pantas,,

"akmal cepat" jerit perlahan
(aku pun cepatla sikit)

"akmal berlari!," jerit macam satu sekolah nak runtuh
(aku malu then terus berlari)

memang siot je la kan,, kau senior tak perlu nak marah macam tuu,, aku tak suka! kalau aku jadi senior la kan,, aku akan marah tapi takla nak mengaibkan orang!! (shit!)

abgchoberkata : ketua yang selalu bermasalah sebenarnya!

Monday, April 4, 2011

ha chaaakkk! terkejut tak? tak terkejut pun tak apa,, aku tak kesah pon,, heheh,, entry kali ini aku nak cerita pasal ABPBH semalam,, tak tahu abpbh tuu apa? memang super heavy duty bengong lah kan,, haha,, ABPBH is stand for Anugerah Bintang Popular Beria Harian,, haa,, mesti yang tak tahu tuu dah tahu kann??

oklah,, start dari mula,, pentas dia kalau perasan ada tangga yang besar gedabak kan ? soalan aku,, mengapa tangga tu ada kat situ? menyemakkan pentas je,, pastu aku rase kalo para pemenang yang dapat anugerah naik kat atas tu kan lagi bagus,, but nak buat macam mana? bukan aku designer nye,,

okla,, cerita pasal yang dapat anugerah pulak,, aku kurang setuju yang menang anugerah Bintang Paling Popular sahaja,, aku tak tahu sebab apa,, tapi aku pelik,, telampau ower la pulak aku tengok khaty fauziah naik pentas,, ya Allah,, perlu ke cakap yang dia banyak undi untuk anak dia,, buat malu je kott,,

then, waktu ana raffali menang anugerah artis baru wanita popular,, sumpah aku kesian kat dia,, asal laa ramai orang tak suka dia? aku rase dia tak buat salah kat korang pun,, sekurang-kurangnye tak payah laa nak mencaci,, dia dah memang berbakat,, si penCACI tu tidak perlu untuk buat macam tu,, kalau korang bagus sangat,, korang jadi penyanyi,, korang buat lagu sendiri then,, boleh tak korang menang macam ana raffali menang,,

lepas tu kalau perasan kan,,waktu nak umumkan BPP tu kan,, zizan kan diam jee,, aku rasa sebab dia yakin menang kott,, heheh,, but kan bagi aku zizan lagi layak menang kott,, thats all


abgchoberkata : mengkritik je tau,, bukannye nak undi!

Saturday, April 2, 2011

hey there,, long tyme no see,, aku pon bored bored bored n bored,, xde cerita untuk dikongsikan bersama,, but today aku ada cerita yg nak dikongsikan,, hari ini kan,, aku bersama ehsan,, adlina,, dan izzati nak pergi perpustakaan KL but sebelum tu,, kitorang singgah menara DBKL dulu,, alaa,, untuk memenuhi kehendak PPD,, kena la ade 4 elemen,, so just follow the rule,,

then after dah letih ambil gambar dekat situ,, aku n diorang pergi lah pulak perpustakaan KL ,, but,, ceritanya menyedihkan,, perpustakaan tutup setiap sabtu minggu pertama,, shit gle kan! ouh,,

so,, kitorang decide nak pergi pnm(perpustakaan negara malaysia) lah,, naik apa tak tahu,, kitorang plak semua nya tak kaya,, so ehsan ni ha budak kaya,, dia lah yang belanja naik teksi RM 15 kot,, but aku rase sebab ada adlina la dia baik tuh,, heheh!

kat pnm pulak haaahh,, sesak gila,, sebab apa? sebab ramai orang laa,, then terjumpa pulak farhana dan mai,, bertambah gembira laa,, heheh,, tapi benda yang paling aku tak suke kat situ,, ada abang yang jaga pintu tu,, perangai cam SHIT je! adakah patut dia marah aku tak tentu pasal,, shitshitshit n shit!

kitorang balik pulak naik ngan mak ehsan,, (perlu cerita ke?malas laa)