Monday, June 20, 2011

Nak Sangat !

hmm , oklahh , hari ini aku terPAKSA post pasal announcement tu ! kepada blogger yang tak mau baca , tak pe , ini post yang terpaksa di buat atas paksaan daripada rakyat jelata SEMERBAK ! hmm , lagi sekali diulangi , announcement yang berbunyi , 

~kepada semua pelajar lelaki 3 KRK , sila ke bilik disiplin sekarang juga!~

hmmm , korang nak terkejut sangat sebab apa hah ? kelas KRK tak boleh kee nak pergi bilik disiplin , huh , letih lah dengar soalan "napa korang kena panggil?" "napa panggil itu korang?" "kena napa korang dipanggil?" huh , macam macam soalan yang aku dengar , tapi aku dah tegaskan , kalau nak tau cerita , sila buka http://justabgcho.blogspot.com , muahahaha , sebab apa ? saja menggedik nak ramai kan pengikut pembaca dan pengreader , haha

ok ok , ramai yang dah marah tu , aku cerita lah ni , hmm , kitorang kena panggil sebab kelas 1 KRK diceroboh , then kitorang ada masuk kelas tu , tapi seriously , nothing yang kiteorang buat , cikgu salahkan kitorang sebab kitorang ada masuk , waktu prep , hisssshy ! senang ² je budak KRK yang baik lagi kind lagi good lagi pandai ni dituduhkan , sorry ok , kami bukan gangster ! muahahaha , *dah lah bajet pandai, lagi nk bajet baik . okbye , aku saja je nk mendidihkan lagi api kemarahan korang tu , apa ? tak marah , like I care !

hmm , lepas tu kitorang masuk lahh bilik disiplin , cikgu check tapak kasut setiap orang , AIMAN ISMAIL kalau nk tau sangat sebab apa diorang check kasut , sebabnya , meja kelas 1 KRK kena pijak ok ! so , takkan nak check topi keledar pulakk ! of course lahh nk tengok kasut yang mana boleh dipersalahkan , jadi , takde sesiapa punn yang sama seperti kasut itu nye punn ! jangan nak tanya lagi tauw ! pening , lagi bagus aku jawab soalan geo ke , soalan bm ke , ni tak , "kenapa diorang check kasut" takkan ada soalan peperiksaan berbentuk macam tu ! 

ok ok , diteruskan lagi , jadi dah tiada sesiapa yang bersalah , habislah cerita , so , as a conclusion , KITORANG MEMANG TAK BERSALAH kalau meja tu kotor atau rosak or tak bersih ! tapi tapi tapi kitorang dipersalahkan juga, sebab masuk kelas orang lain , ! hmm , lagipun kitorang aku tak kisah lahh , cikgu nak marah , sebab cikgu mesti ada sebab nak marah , so ,cikgu memang terbaik ! insyaAllah kitorang tak mengulangi nye lagi !

jap jap jap , semua pernyataan kitorang di atas takde kena mengena ngan aku ! statement kitorang adalah untuk Abg Long , Abg Ngah , Abg Chik , Busu , Penan dan Penyu ! jadi Abg Teh tiada kena mengena ! Abg Teh cuma menaip jerr di depan komputer !

korang tak tau siapa abg abg tu semua ? nak tahu ? hmm kalau nak tau , atas permintaan lahh yee , kalau ada yang minta baru aku bagi tau ! aku rasa xde yang minta kott ! tak perlu punn , anyway , kami sudah punn memecahkan tradisi , seramai 7 orang pelajar yang disanjung tinggi dipanggil ke bilik disiplin ! muahahaha , *disanjung kah ? kbye ! puas hati ?

Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday #1


don't know what they doing ? hmm , don't know too !

Tuesday, June 14, 2011

Page KL Gangster Hangat !

seperti semua sedia maklum , KL Gangster telah mengutip 1.5 juta pada hari pertama tayangan sekaligus memecahkan rekod di Malaysia ! fuiiiyoo ! tapi , dalam hot hot tuu , ada lagi satu benda hot yang berlaku kat page facebook KL Gangster , nak tau apa dia ?


haaa , tu lah dia , ada sorang akak shanteQ maniss , pergi post 
~dialog2 dalam KL gangster sume org hafal!! kalau boleh hampir kesemuanya..... cuba try suruh baca sepotong ayat2 suci dari AL quran, mau tergagap2 nak bacanya?? pelik tgk manusia skrg ni....:))~

so , apa lagi , memang ramai lahh yang terjebak dengan post ni , ada yang suka , ada juga yang tak suka , tapi aku tak berpihak ke mana mana pihak , tapi aku kesian lah dekat cik linda kita nih , tak pasal-pasal bertubi-tubi kena dengan yang lain , yeah ! mungkin boleh nak memberi nasihat tapi betul ada sorang mamat tu cakap , nak nasihat biarlah tempat yang betul , 

tapi tapi tapi aku takde lahh 100% membangkang kata-kata cik linda nih , cuma di saat aku tengah galak membaca , ada sorang mamat tanya , ~kau tu sempurna sangat ke?~ ~alhamdulillah , ya~ waaa , terkejut hamba ! boleh pula mengaku sempurna ! emm , dah jadi macam tu , aku memang terus pelik , something wrong with this girl!

tapi ada pulak satu mamat yang baik beri nasihat 

x perlu la kot nak menggunakan sentimen agama di sini..

walaupun niatnya baik..tapi terkadang akibatnya tidak baik..

cik fokus ke arah BACA Al-Quran..
belum sampai tahap menjadi Al-Furqan..
sekadar baca dan terjemah maksud,kadang2 yahudi lebih baik daripada kita dalam bab itu..

jadi janganlah fokus hanya kepada baca dan terjemah..
menitilah ke arah FAHAM Al-Quran..maka akan kenal Allah..

haa , ni memang aku sokong 100% memang patut pun dia post gitu , elok² ramai yang mengundurkan diri , tapi cerita belum habis lagi tau , benda ni berlarutan , dan aku tak sempat nak baca sampai hujung cerita , kalau korang nak tau cerita selanjutnya , buka sendiri lah link ni ----> link ! selamat membaca .

abgchoberkata : orang ni nasihat orang tu , orang tu nasihat orang ni , sampai bila nak tamat ? =='

Monday, June 13, 2011

kenanganku bersama AF !

tiktok tiktok , dah 10 minggu yee AF berlangsung , semalam pula AF melabuhkan tirai untuk selama-lamanya ! emm , i think no one yang hidup kat Malaysia ni tak tahu AF tuu apa , so , jangan nak buat tak tahu eahh ! anyway , seperti yang korang tau , tahun depan memang dah takde lahh kan AF , so , apa korang rasa ? sedih ? gembira ? tu hak korang lahh , tapi bagi aku banyak sangat kenangan aku dengan AF !

AF 1 .
nothing , just waktu konsert ketiga tak silap aku , aku menangis gila tengok atie AF keluar , haha , aku tak tau sebab apa .

AF 2
aku masih lagi tak terlampau fanatik sangat kat AF 2 , cuma mak aku lahh , memang fanatik gila kat Zahid , lepas tue aku kesian kat Mas , dia ibu tunggal , pastu dia lak lurus , kesiaaann .

AF 3
yeah , aku sayang Kefli ! dia punya persembahan minggu kelapan kott , yang buat kat luar dari tempat biasa tuhh , pehh , best gila , tak silap aku waktu , habis konsert , dia ranking pertama , kalaulahh waktu tu konsert akhir , kan best ! Kefli dah jadi juara , ngee .

AF 4
haa , AF 4 punya konsert ke 6 aku pergi , aku penyokong setia Farhan waktu tu , waktu aku pergi tu diddy keluar , mak aku sedih gila , anyway muka aku masuk tv , wat , tak kesah ? ape aku kesah ! hihihi , waktu tu jugak sorang peserta yang dari konsert prelude akan dibawa masuk selama seminggu jee ke dalam fakulti , aku menjerit HAAZAAAMAAA , tapi malangnya Leez yang terpilih .

AF 5
emm , takde yang menarik kat AF 5 , tapi aku mula minat Heliza lepas keluar AF .

AF 6
yeah , stacy juara , at first aku memang tak suka langsung Stacy menang ! aku suka kat Riz , mungkin sebab semangat kenegerian , perok lahh katakann , tapi makin lama aku tengok Stacy makin best , dan sekarang aku minat gila kat dia !

AF 7
aku minat sangat sangat sangat dekat Akim , tapi dia dapat nombor 3 , watdetuuut la aril nih , anyway aku makin lama tak suka kat akim , why ? aku tengok kat fb , bila fans comment ngan dia , langsung tak l;ayan , tapi bila friend comment , confirm ade feedback , salah satu contoh artis sombong , tapi kalau akim tak sombong , balaslahh balik ape yang fans comment , tanpa fans kau never dapat pergi final taw !

AF 8
waktu AF 8 aku pergi konsert final dia , yeah , memang macam bukan final , x ramai orang lahh , mungkin AF dah tak besh kott waktu tuhh , anyway , shahir juara , i'm the shahir's fans !

AF 9
lalala , konsert final dia semalam , anyway , aku nak sangat lena menang , sebab apa ? sebab hazama dah banyak pengalaman dalam bidang nyanyian , rasa tak adilla pula dia masuk , aku memang suka hazama , tapi napelahh astro ni ambik hazama ? dia dah jadi artis tau tak ? mesti astro nak naikkan balik peminat setia AF kann , tapi benda dah berlalu , nak buwad macamana ? anyway congrats HAZAMA !

Friday, June 10, 2011

'Kalau Saya Dapat RM 300




whooaa , can you read it ? of course can , right ? so , tak payah fikir panjang² , aku rasa korang faham , dan kalau korang nak join klik link kat atas tu ! contest ni kak safra yang buat !

ok ok , need to fullfil the term first , kalau 'saya' dapat RM 300 , apa yang akan aku gunakan *sekejap aku sekejap saya , seriously , aku memang nak sangat Samsung Galaxy Mini ! harga dia about 599 - 650 camtu , tapi IF la aku dapat RM 300 tu , yang lebihnye memang aku akn guna duit aku sendiri ! aku just guna RM 280daripada duit itu untuk beli Galaxy Mini , 

lagi RM 20 nak campak mana ? ok , serious ni , lagi 20 tu aku akan letak kat masjid ar-rahimah ,hehe , tempat aku selalu solat jumaat, wei wei wei , bukan riak , takbur , menunjuk dan apa sajalahh , tapi aku nak derma coz mungkin rezeki aku murah , dah dapat 300 , takkan nak ambil semua , aku niatkan nak sedekah , tapi itu ceritanya kalau dapatlahh , kalau tak dapat , penat jee aku fikir nak buat apa dengan RM 300 tu , hehe ,


one more thing , aku memang serious guna RM 300 tu untuk buat benda yang diperkatakan di atas , bukan just cakap² dan taip² je ! aku memang nak sangat Galaxy Mini tuhh , nak nak nak ! dan nak lagi ! = ='


jadi , itulah sebabnya kenapa aku nak sangat RM 300 tuhh , kalau korang punn berminat nak join , join lahh , lagi sekali ni link dia Kak Safra !

ditag kepada kawan² yang dikasihi !

-shakinah kassim-
-abg wacana-
-senyum-senyum-

Thursday, June 9, 2011

Movie Review : THOR

bismillahirrahmanirrahim , hari tu , aku pergi tengok movie Thor , yaa , aku tau cerita ni dah lama , tapi nak buat macam mana , HotFM bagi tiket free , cerita yang dapat pula Thor . so , daripada tak tengok , baik tengok .

actually aku dah decide dari rumah , nak tidur jee dalam panggung nanti , confirm cerita tak best ! tapi segala-galanya berubah , ahahaha , cerita dia serious best !

anyway aku faham cerita nie tapi susah nak fahamkan orang kayy , jadi sinopsis dia aku copy dari iAwani . sinopsis je yang aku copy ok , bukan aku ni copycat , tapi aku tak reti nak ceritakan ,

Thor adalah adaptasi daripada watak komik terbitan Marvel, di mana hero dalam komik tersebut turut menggunakan nama yang sama. Thor adalah Dewa Petir dalam mitos Yunani. Filem Thor ni adalah filem pelengkap keempat kepada 4 siri filem heroik adventuris terbitan Marvel iaitu Kapten Amerika, Iron Man, Spiderman. Keempat-empat mereka (Thor, Captain America, Spiderman dan Iron Man) akan membentuk sebuah kumpulan super-hero di namakan Avengers. Disinilah sejarah bermula.

Sinopsis filem Thor
Thor adalah anak kepada Oden, Raja kepada sebuah negara bernama Asgard, Thor mempunyai seorang adik angkat yang jahat bernama Loki. Senjata Thor adalah sebuah tukul besi. Dengan tukul ni Thor boleh buat apa saja kerana tukul itu memberikan dia kekuatan luar biasa. Di Asgard, Thor adalah seorang anak raja yang temberang dan angkuh. Kerana sikapnya itu, Thor telah mencetuskan perkelahian. Perkelahian kemudiannya bertukar menjadi perang seperti mana sebuah perang besar satu ketika dulu yang pernah berlaku di Asgard. Oden, bapa Thor dan Raja kepada Asgard menghukum Thor di atas kesalahannya. Thor di buang ke bumi lalu terdampar di sebuah padang pasir di Meksiko, tempat di mana Erik Selvig (saintis wanita) membuat penyelidikan. Erik membawa Thor ke tempat rawatan, di situlah Thor berjumpa dengan Jane Foster lalu jatuh cinta pandang pertama pada Jane. Apabila beberapa minggu hidup di kalangan manusia, Thor belajar menjadi seorang lelaki. Tak lama kemudian, apabila mengetahui Thor berada di Bumi, musuh ketat Thor dari Asgard (adik angkatnya, Loki) menghantar makhluk-makhluk jahat ke Bumi dengan tujuan untuk menakluk Bumi dan membunuh manusia sekaligus membunuh Thor, namun kejahatan Loki di halang keras. oleh Thor yang kini berubah sikap menjadi seorang hero, bukan lagi anak raja yang angkuh dan sombong.
YangBEST
-pemandangan dia , perhhh , serious best dekat dunia asgard .
-elemen komedi yang tibatiba ada waktu aku tengah suspen , tak tau laa kalau korang .
-Natalie Portman berlakon , hehe , dia cantik , aku suka dia berlakon , 

YangBOO
-penjaga pintu yang menghubungkan alam asgard ke alam lain , masyaAllah , menakutkan gila muka dia ! tinggi pula tu ,
-ending dia sedikit kurang best , dia tak dapat jumpa balik cinta dia kat bumi , walaupun dia berjanji , sedihh !
nak tengok trailer dia kea ? nah hambek nihh ,
kalau korang rasa macam nak tengok cerita nie , belilahh cd dia ok , tapi aku rasa korang semua dah pandai kan , mesti pandai nak download sendiri , sukati korang , tapi bagi aku cerita ni best ! 7 out of 10 : )

Monday, June 6, 2011

Contest Muka Terperanjat Beruk


lalala , emm , semalam aku online facebook , then aku tertarik dekat satu 'event invitation' ni , event ni dari sorang blogger yang aku tak kenal , hehehe , tak payah cerita lahh siapa , kalau nak tahu siapa juga , klik link ni Aku je :): contest muka terperanjat beruk ! korang pun boleh join juga contest ni kalau nak !

aku pun seram sejuk juga nak join contest ni , sebabnya muka aku dah lah macam beruk , nanti buat muka beruk , jadi muka beruk kuasa dua pula ,, = =' tapi disebabkan hadiah yang SANGAT lumayan , aku decide join juga laa,,

lagi satu , aku tengok ramai participant ni semua nya perempuan , perhhh , memang malu gilaa ! tapi aku nak jelaskan lagi kat sini , hadiah dia SANGAT lumayan ! jadi , korang join lahh ye !

ni aku sertakan gambar beruk yang tercomel di abad ni !


nah ! ambik hang ! hang nak satu , teman bagi dua ! nak penjelasan pasal gambar ni ? emm , muka aku jadi beruk ni sebab tengok banyak sangat muka beruk yang jadi peserta , jadi disebabkan beruk beruk tu comel yang amat , aku cubalah menjadi beruk yang lagi comel !
ehh , jap jap , contest ni nak muka macam beruk kea muka terpranjat beruk ? haahh , sama la tu , janji aku dah jatuhkan saham muka aku yang comel ni untuk dapatkan hadiah dia ,, LUMAYAN !

korang nak join contest ni ? ni link dia , Contest Muka Terperanjat Beruk !

lagi satu , penting nihh , aku tag kan kat Shakinah Kassim . join tau shakey .. : D

Saturday, June 4, 2011

Komputer Rosak Lagi !

Tak Tahu Bila Boleh Post Entry !

: (
~dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang~

korang , pernah tak buka myspace ? bukan dulu , tapi sekarang ? ada lagi kea yang log in myspace setiap hari ? aku yakin , mesti takde punya lahh , so , aku saje je laa log in myspace aku , nasib baik lahh ingat password nya , kalau tak , tak dapat lahh nak masuk .

haaa , aku nak tunjuk beberapa pembaharuan yang Tom (pengasas myspace) buat .

~home~

~comment~

~photo~

~my profile~ 
*edit by myself oke !

hahaha , serious aku cakap serabut gila aku tengok ! pening gila ! kawan aku dulu ada lahh 1000 lebih , kalau tengok online friends , maunye sampai 300 lebih , never kurang , tapi semalam aku buka , tak sampai lima orang ! hahaha , tu punn budak bukan Malaysia , hahaha !

myspace , facebook , friendster , twitter , tumblr , tagged aku pilih facebook ! myspace dulu serious best , tapi lepas gacebook dah popular sekarang nie , macammacam perubahan dia buat ! sampai pening aku dibuatnya , 

moral of the story *jadi diri anda ! yang lain orang lain dah ambil ! betul kea ?






Friday, June 3, 2011

Arghh ! Geram Nie !

bismillahirrahmanirrahim ,  emmm , aku tak tahu lahh apa nak jadi sekarang ni , elokelok mood aku tengah baik , tibatiba jadi buruk , yang aku ni pun satu , lain kali kalau jalanjalan kat internet ni berpadapada la sikit , kan dah sakit hati terbuka satu page nih *dua sebenarnya!



hmm , apelahh yang admin page ni dapat kalau buat macam nie ? aku pelik gila kenapa diorang tak puas hati sangat dengan malaysia ? korang memang takda perasaan dah kea ? emm , yes aku tau bukan semua rakyat negara korang jahat , tapi kerana nila setitik , rosak susu sebelanga !

aku post entry nih , bukanlahh nak mengutuk orang indonesia , aku taknak lahh panas panas kan lagi benda yang agak panas nihh , aku tahu , bukan orang malaysia jee yang ada blog , so , aku harap kita boleh lahh berdamai , aku baru nak belajar sejarah bab 7 form 3 habis cuti ni , tak semangat pulakk .

kalau aku jahat kan , aku cakap jee , 

~woi , dua juta lebih rakyat korang cari rezeki kat malaysia , lagi nak kutuk kutuk malaysia~
~korang tak sedar kea , banyak gila web porno korang buat , lagi nak cakap melayu babi *mana aku tahu ni?pecah rahsia~
~korang tak sedar kea malaysia kalahkan indonesia piala AFF Suzuki hari itu , *takde kena mengena~


Wednesday, June 1, 2011

Naik Naik Naik !


bismillahirrahmanirrahim .


ok , hari ini satu jun , hari ini jugak entry pertama aku untuk bulan jun akan keluar , jadi cerita panas apa yang tengah panas sekarang ni ? aku rasa kalau aku cerita pun korang mesti dah tau kann . yaa , elektrik naik start hari ini !

hmm , tadi kat sekolah cikgu tak habis habis cakap jimatkan elektrik , adoii , aku pelik laa , elektrik naik baru nak kena jimat ke ? kalau macam tu , aku setuju lah kerajaan naikkan elektrik nih , tak punn naik kan jugak barang barang lain , sebab nanti mesti mak , bapak , cikgu , pakcik , makcik , nenek , atok dan semuanya suruh berjimat !

aku cuba try imagine juga bila lain lain keperluan asas naik = ='

charge internet naik 100% = hanya orang kaya yang boleh update blog setiap hari .
maggi naik 100% jugak = ramai la perempuan tak kahwin , banyak laki mati kebulur waktu bujang .
air (water) naik 100% = penuh orang dekat sungai-sungai yang berdekatan , orang tunggu hujan baru mandi .
semua makanan naik harga = malaysia jadi 'negara orang kurus nak mampus' dari 'negara orang gemuk (sekarang)'
tol naik harga 100% = keluarga duduk dekat-dekat jee , nanti bila raya tak payah nak lalu highway.

hahaha , itu cuma sedikit jee , mungkin banyak lagi yang akan terjadi kalau macam macam barang naik harga , tapi itu cuma andaian je eak , hehehe

abgchoberkata :  ok juga tu kan ? boleh aku belajar jimat-cermat sikit : D