Thursday, June 9, 2011

Movie Review : THOR

bismillahirrahmanirrahim , hari tu , aku pergi tengok movie Thor , yaa , aku tau cerita ni dah lama , tapi nak buat macam mana , HotFM bagi tiket free , cerita yang dapat pula Thor . so , daripada tak tengok , baik tengok .

actually aku dah decide dari rumah , nak tidur jee dalam panggung nanti , confirm cerita tak best ! tapi segala-galanya berubah , ahahaha , cerita dia serious best !

anyway aku faham cerita nie tapi susah nak fahamkan orang kayy , jadi sinopsis dia aku copy dari iAwani . sinopsis je yang aku copy ok , bukan aku ni copycat , tapi aku tak reti nak ceritakan ,

Thor adalah adaptasi daripada watak komik terbitan Marvel, di mana hero dalam komik tersebut turut menggunakan nama yang sama. Thor adalah Dewa Petir dalam mitos Yunani. Filem Thor ni adalah filem pelengkap keempat kepada 4 siri filem heroik adventuris terbitan Marvel iaitu Kapten Amerika, Iron Man, Spiderman. Keempat-empat mereka (Thor, Captain America, Spiderman dan Iron Man) akan membentuk sebuah kumpulan super-hero di namakan Avengers. Disinilah sejarah bermula.

Sinopsis filem Thor
Thor adalah anak kepada Oden, Raja kepada sebuah negara bernama Asgard, Thor mempunyai seorang adik angkat yang jahat bernama Loki. Senjata Thor adalah sebuah tukul besi. Dengan tukul ni Thor boleh buat apa saja kerana tukul itu memberikan dia kekuatan luar biasa. Di Asgard, Thor adalah seorang anak raja yang temberang dan angkuh. Kerana sikapnya itu, Thor telah mencetuskan perkelahian. Perkelahian kemudiannya bertukar menjadi perang seperti mana sebuah perang besar satu ketika dulu yang pernah berlaku di Asgard. Oden, bapa Thor dan Raja kepada Asgard menghukum Thor di atas kesalahannya. Thor di buang ke bumi lalu terdampar di sebuah padang pasir di Meksiko, tempat di mana Erik Selvig (saintis wanita) membuat penyelidikan. Erik membawa Thor ke tempat rawatan, di situlah Thor berjumpa dengan Jane Foster lalu jatuh cinta pandang pertama pada Jane. Apabila beberapa minggu hidup di kalangan manusia, Thor belajar menjadi seorang lelaki. Tak lama kemudian, apabila mengetahui Thor berada di Bumi, musuh ketat Thor dari Asgard (adik angkatnya, Loki) menghantar makhluk-makhluk jahat ke Bumi dengan tujuan untuk menakluk Bumi dan membunuh manusia sekaligus membunuh Thor, namun kejahatan Loki di halang keras. oleh Thor yang kini berubah sikap menjadi seorang hero, bukan lagi anak raja yang angkuh dan sombong.
YangBEST
-pemandangan dia , perhhh , serious best dekat dunia asgard .
-elemen komedi yang tibatiba ada waktu aku tengah suspen , tak tau laa kalau korang .
-Natalie Portman berlakon , hehe , dia cantik , aku suka dia berlakon , 

YangBOO
-penjaga pintu yang menghubungkan alam asgard ke alam lain , masyaAllah , menakutkan gila muka dia ! tinggi pula tu ,
-ending dia sedikit kurang best , dia tak dapat jumpa balik cinta dia kat bumi , walaupun dia berjanji , sedihh !
nak tengok trailer dia kea ? nah hambek nihh ,
kalau korang rasa macam nak tengok cerita nie , belilahh cd dia ok , tapi aku rasa korang semua dah pandai kan , mesti pandai nak download sendiri , sukati korang , tapi bagi aku cerita ni best ! 7 out of 10 : )

3 comments:

Scya Lollita said...

cik scya lg la x tgk2 pown lagi kehkeh

ShakeyShakey said...

best dohh :)

nur amalina said...

best kann! LOKI hensem:)